Saturday 22 October 2016

coretan kehidupan sebagai pesara

Assalamualaikum sahabat dan rakan pesara

Melalui kehidupan yang bebas dari aturan masa pejabat dan tekanan kerja menjadi impian bila kita masih berkhidmat, tak sabar untuk berehat, hilangkan stress dan buat kerja tanpa ada sekatan masa dan tempoh.

Adakah itu semua realiti dalam kehidupan serorang pesara?

Berbekalkan ilmu dan pengalaman kerja yang lalu, kita gagahi masa pencen dengan perasaan yang berbaur, teruja dengan impian yang kononnya bakal menjadikan kehidupan lebih sempurna, ganjaran yang diterima mengusik kita, menggamit kita untuk 'enjoy' kan diri kita, alpa seketika, berbelanja hingga lupa masa tua.

Semasa berkhidmat, wang ringgit yang diterima seakan kita hidup untuk sebulan sahaja, kerana ssetiap hujung bulan, wang sudah tiada dalam akaun, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, perbelanjaan harian, wang poket anak, makanan harian keluarga itu keutamaan kita, kita redha kerana untuk itu kita berkerja- untuk keluarga.

Sebulan dua, kita masih seronok, poket tebal, senyuman meleret tengok akaun, tapi bila senyuman makin memuncung, duit mulai menipis, baru tersedar - adakah aku akan terus memberi dan memberi untuk keluarga tercinta? Bagaimana kalau masa sakit, keluarga akan membantu kita?

Terkedu seketika, bila keperluan keluarga lebih penting untuk dibantu, redha kita - asalkan keluarga bahagia. Pengorbanan kita tidak memerlukan pembalasan, hari hari dilalui penuh keberkatan, sebab kita redha dengan apa yang terjadi.

Namun kekawan senasib, masa depan kita sudah tidak terancang, kesihatan kita belum tentu seperti sekarang, apa yang perlu kita lakukan supaya kehidupan sebagai pesara kita lalui dengan ketenangan yang mahu kita miliki dulu.

Kongsikan pengalaman kekawan untuk dijadikan pedoman semua:

Nyatakan apa yang perlu kita lakukan/aktiviti untuk mengisi masa lapang/cara menambahkan pendapatan dan mengawal emosi hingga ke akhirnya